Tuesday, June 22, 2010

220610 Mensyuarat AJK Surau Muizzah


Bil (01) dalam SKBR/10

Tarikh : 21/06/10

Kepada:

--------------------------------

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENSYUARAT SURAU KG BUKIT RAYA 2010

Adalah dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Mensyuarat AJK akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 1 JULAI 2010, KHAMIS

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : SURAU KG BUKIT RAYA

AGENDA :

1. Ucapan Tuan Pengerusi Sesi 2010/2013

2. Pengesahan Minit Mensyuarat

3. Membincangkan Isu berbangkit

4. Lapuran kewangan ( Penyerahan Dokumen – Bendahari )

5. Lapuran Aktiviti ( Penyerahan Dokumen – Setiausaha )

6. Hal-hal lain

Dengan segala hormatnya dijemput Tuan/Puan ke majlis tersebut semoga tiada keuzuran dan diberikan kelapangan oelh Allah SWT.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

-------------------------------------------

(MOHD ZAIRONIZAM DAUD)

SETIAUSAHA

s.k KETUA KAMPUNG/PENASIHAT

Fail

Tuesday, April 6, 2010

070410 Adab Sebelum Tidur


ADAB SEBELUM TIDUR


Assalamualaikum W.M.T dan salam hormat,

Mengambil peluang yang ada ini, suka untuk saya berkongsi amalan adab sebelum tidur dalam usaha kita mencari keredhaan ALLAH walaupun ketika ‘mati sementara’ ini.

Amalan adab sebelum tidur ini adalah satu amalan yang makin luput dari skop minda manusia.

Mungkin kita lupa bahawa Rasullullah S.A.W menjaga adab sebelum tidur ini, baginda insan Kamil, Ma’sum tetapi kita, MasyaALLAH terasa malunya jika sunnah yang mudah ini kita abaikan.

Amalan sebelum tidur ini saya terima dari datuk saya.

Antara fadhilat yang pernah datuk saya terangkan:

1) Jika amalkan sebelum tidur, insyaALLAH akan terlindung dari kecurian, kebakaran , mala petaka ketika tidur dan yang paling penting ‘Mati meragam’, NauzubILLAH.

2) Jika ada pencuri tegar masuk ketika kita tidur, keesokan pagi kita akan dapat melihat acara ‘renang gaya bebas’ di atas lantai dalam rumah kita yang dipersembahkan oleh pencuri tersebut. Jika terjadi sedemikian, jangan dihebohkan malahan lepaskan pencuri tersebut bersama dengan hadiah yang berbentuk makanan. Kenapa? Kerana ada perut yang perlu diisikan.

3) Keluarga terhindar dari niat jahat makhluk sama ada jin ataupun manusia.

4) Dan fadilat selainnya adalah dari ALLAH jua.

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Harus diingati dan ditetapi, janganlah kita beramal kerana mengejar fadhilat. Beramallah IKHLAS kerana ALLAH untuk mendapat keredhaan dan rahmat ALLAH, kerana itulah yang paling penting bagi kita sebagai hamba di sisiNYA.

Di bawah adalah adab/ amalan sebelum tidur:

a. Wudhuk

b. BasmALLAH 21x ( 3x, dilakukan 1x satu nafas). Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan kalimah ‘HU’..


c. Tadahkan tangan seperti berdoa, lunjurkan kaki kemudian bacalah surah-surah dibawah.

d. Al-Fatihah 1x

e. Ayat Kursi 1x

f. Al –Ikhlas 1x

g. Al- Falaq 1x

h. An-Nas 1x

i. Selepas selesai baca, hembuskan ke tangan sehingga habis nafas kemudian gosok ke seluruh anggota tubuh tanpa mengangkat tangan (kecuali kemaluan dan tapak kaki).

j. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W 10x

k. Mengucap 2 kalimah syahadah

l. Rebahkan diri ke tilam empuk anda, ucapkan 2 Kalimah syahadah sekali lagi bersama dengan pengertiannya di dalam bahasa yang kita fahami.

InsyaALLAH, semoga tidur anda di dalam perlindungan ALLAH.

Credit: http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

070410 Solat Berjemaah




Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Selepas ini insya-Allah akan diterangkan fadhilat-fadhilat tersebut untuk menjadi dorongan kepada kita semua agar cintakan solat berjemaah.

Wallahu a’lam.

070410 Amalan Elak Penyakit Berjangkit




Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH atas pemberian nikmat yang tidak terhingga, yang sehingga ke hari ini saya dan keluarga masih mampu menyebut namaNYA dan nama kekasihNYA dalam mencari rahmat dan redhaNYA.

Betapa kasihnya ALLAH pada hamba kerana sentiasa memberi peluang kepada hambaNYA untuk terus bertaubat dek lantaran umat Muhammad S.A.W adalah umat yang lemah dan sentiasa membuat dosa kepadaNYA.

Alangkah indahnya jika ini disedari oleh yang bergelar hamba ALLAH.

Alangkah baiknya jika hukum ALLAH ditaati. ALLAHu.

Para pembaca yang dihormati,

Atas kelalaian kita. Pejam celik mata, turun naik nafas, sedar dengan tidak sedar, kita dikejutkan dengan H1N1. Adakah ujian? Kifarah? Bala? Na’uzubILLAHi min zalik.

Ujian turun bersama rahmat, kifarah turun bersama peringatan, bala turun bersama kemurkaan.

Adakah ini satu bala? ALLAHu. Na’uzubILLAHi min zalik.

Ketahuilah bahawa kemurkaan ALLAH tidak turun secara menular perlahan-lahan, turunnya murka ALLAH, tiada apa dapat menghalang, tetapi begitu kasihnya ALLAH pada kita. Diberi dahulu ujian, masih gagal, diberi peringatan, juga terkandas, maka balalah yang menanti. ALLAHu Ya ALLAH.

Pembaca yang disegani,

AlhamduLILLAH tergerak dihati dalam sisipan qalbu, kudrat dari ALLAH mendayakan saya untuk berkongsi amalan atau cara menghindar penyakit berjangkit.

Amalan ini saya terima dari salah seorang guru saya di Pulau Pinang Tok Su Li (Masih hidup tetapi sudah uzur sekarang). Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya.

Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

************************************************************************************

Amalannya:

Yasin : 58


58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah amalkan membaca Yasin:58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit ,sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

-Daun pokok Ketapang 7helai

- Daun Daun pokok Ara 7helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : 4 sebanyak 7 kali setiap satu.


4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.



255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

c) Yasin : 58 63x.

d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas) Al Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.

Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

************************************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.

*************************************************************************************
Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin:58 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya. Amin Ya Robbal A'lamin.
*************************************************************************************
Para pembaca yang dikasihi,

Inilah serba sedikit dari diri yang lemah dan jahil ini sebagai perkongsian dalam kita menghadapi masalah mutaakhir ini.

Semoga kita mendapat manfaat dari ALLAH atas segala amalan yang ikhlas menuju ke hadratNYA.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH sebagai menunjukkan saya adalah hamba yang tidak berdaya serta jahil tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.

Wassalam.

Ehsan: http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

Friday, April 2, 2010

020410 Ya Allah, Sudilah pandang kami...

Ya Allah, Sudilah pandang kami...
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

credit: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/11/ya-allah-sudilah-pandang-kami.html

Friday, March 26, 2010

260310 Mensyuarat Khas Perlantikan Pegawai Surau

InsyaAllah dalam proses upload

Thursday, March 18, 2010

180310 Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Allahyarham Hassan Bin Anhar anak kepada Imam 2 Surau Bukit Raya, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Mac 10 jam 3 petang..jenazahnya telah selamat dikebumikan selepas magrhib di perkuburan Kampung Bukit Raya. Solat Jenazah diimamkan oleh Imam 2 Masjid Sungai Serai dan seramai lebihkurang 50 orang makmum mengambil bahagian.

"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut.""

Wednesday, March 10, 2010

100310 Kebakaran

Gambar hiasan


10 Mac 2010
Sumber:http://tamanlangatceria.blogspot.com/
Malang memang tidak berbau, tapi tidak dipinta. Begitulah nasib yang menimpa keluarga Pak Tamam TLC pagi ini. Kejadian berlaku lebih kurang jam 2:30 pagi. Satu kebakaran telah berlaku dirumah Pak Tamam yang menyebabkan ruang tamu utama rumah beliau musnah. Pada waktu kejadian Pak Tamam berada di Johor, hanya keluarga sahaja berada dirumah. Kejadian disedari apabila sofa tiba-tiba terbakar. Mujur suara pertolongan didengari oleh jiran-jiran terdekat.

Bantuan segera diberikan dan dapat dipadamkan sebelum merebak ke ruangan lain. Pihak Bomba juga telah sampai ke tempat kejadian bagi memastikan api dipadamkan dengan sempurna dan menenangkan keluarga Pak Tamam dan penduduk TLC.

Menurut Pak Tamam setelah disiasat oleh Bomba, kebakaran berpunca dari percikan api dari socket elektrik di ruang tamu utama lalu menyambar ke sofa yang amat mudah terbakar. Jumlah kerugian tidak dapat dipastikan.

Sebagai peringatan semua warga TLC diminta berhati-hati dan sentiasa memantau struktur pendawaian elektrik dirumah kita. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah:

1. Memastikan menutup suiz atau peralatan elektrik yang tidak digunakan
2. Periksa soket elektrik mungkin ada yang panas atau dipasang tidak sempurna.
3. Perhatikan kalau ada lampu-lampu yang sering terbakar atau sekejap terang sekejap malap
4. Peralatan elektrik yang tidak berfungsi mengikut tabii nya.
5. jika ada kemampuan panggil lah jurutera elektrik yang bertauliah untuk memeriksa struktur pendawaian dirumah kita. kerana terdapat komen dari beberapa rumah yang pendawaian dilakukan dengan tidak kemas, sambungan yang tidak ditutup kemas dan kabel yang kurang berkualiti.

Jawatankuasa PPTLC diminta agar dapat meminta pihak pemaju TLC untuk membuat pemeriksaan semula kepada struktur pendawaian elektrik di rumah-rumah TLC.

Selain itu mungkin kepada yang mampu dan berminat boleh membeli pemadam api (fire extinguisher) untuk disimpan dirumah masing-masing sebagai persediaan diwaktu-waktu mendesak.

070210 Program menangkap ikan Sg Langat

Pada 7 Feb 2010, selepas Majlis Tahlil rumah En Rozain, beberapa penduduk TLC ( Taman Langat Ceria ) bersama bebrapa penduduk kg terus menuju ke Sg Langat yang berhampiran dengan TLC untuk memungut ikan pada jaring yang dah dipasang sejak awal pagi lagi..huhu..jom kita saksikan apakah nasib mereka...


Setelah hampir 1/2 km berjalan didenai menuju ke sg..cabaran kedua adalah utk menyeberang ke seberang ( Bukan ke Indon ye Pak! ) sungai mengunakan RAKIT buluh..wahhh special ni..susah nak jumpa sekrang ni..rakit di diilhamkan sendiri oleh Hj Anhar penduduk tempatan disini ( yang pakai kopiah n berbaju biru). Kadar muatan hanya 4 orang..jadi sesapa yang agak ber'isi' tu kena tolak sorang la..hehe..bukan apa pun..takut terkaram kang kat sg langat ni jadi lagenda la pulak..

Terdapat 2 jaring yang dipasang..pertama kat bawah pokok buluh yang terdapat dalam gambar kat bawah ni..



hmmm..ni la gayanya orang bandar yang tak pernah jumpa rakit nihh...hehe itu lah Haikal dan Fikri..adik-adik dari TLC...bukan main seronok tu...Pok Hj tu sampai terkial2 menolak arus borat bonar tu nak bawak adik2 ni..semua berisi2..hehe.



haa masing2 dah dalam air dah ni...ni pukat yang kedua..kat betul2 lubuk..yg jadi misteri kat kg ni...misteri apa yer???hmm... macam2 cerita penah didengar mengenai lubuk ni..sebenarnya ramai kaki pancing datang ke sini utk memancing atau menjaring ikan..kadang2 tu sampai berhari2..bermalam didalam hutan ni..caya lah!

Tengok tu Hj Anhar pakai tube tayar konon2 macam Sunway Lagoon la...dalam tu..org kampung cakap hampir 10 kaki dalamnnya malah lebih lagi ikut keadaan pada ketika itu..


Lihat lah apa hasilnya...En Zakuan (Timb.Pengerusi Surau), En Azhari dan Abg Nik bersama hasil yg diperolehi..ikan jelawat..( ikan yang sama tu...posing jer lebih hehe ).. sebenarnya jaring tu dipasang selama hampir 3 hari..jadi koleksi ikan terkumpul hampir 5 kg..ada jelawat, kelah, baung dan apa lagi dah tak ingat..semuanya tu dimasak oleh Wak Tamam utk kenduri kat Surau..makan ramai2..yezza..

Saat2 gembira..dah tak muat rakit selebihnya tu kena la berenang yer...heheh..

Tuesday, March 9, 2010

080310 Maulid Nabi SAW Surau Muizzah




Maulid Nabi Muhammad SAW terkadang Maulid Nabi atau Maulud saja (bahasa Arab: مولد، مولد النبي‎), adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang dalam tahun Hijriyah jatuh pada tanggal 12 Rabiul Awal. Kata maulid atau milad adalah dalam bahasa Arab berarti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi merupakan tradisi yang berkembang di masyarakat Islam jauh setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Secara subtansi, peringatan ini adalah ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Rasulullah Muhammad SAW.



Majlis Sambutan Maulid Nabi Saw
Surau Muizzah Kg Bukit Raya
8 Mac 2010

Alhamdulillah setelah bersusah payah mendapatkan Ust untuk Majlis tersebut, akhirnya berjaya jugak dilaksanakan. Ceritanya last minit nak cari Ust bincang2 punya bincang antara Hj Mohammad, Imam Khalid dan AJK2 lain.....ramai Ust2 yang dihubungi semua dah di booked oleh pihak masjid dan surau. Jadi Hj Jamal cakap ok jom pegi Masjid Sri Petaling InsyaAllah harap2 ada Ust yang berkelapangan. Abg Nik ( Pengerusi TLC), En Ismail(SU), Hj Zaini terus ke Masjid Sri Petaling.. Alhamdulillah dipermudahkan Allah SWT, Imam besar masjid tersebut Ust Abd Hamid al-Hafiz berkelapangan pada hari Isnin 8 Mac 2010. Syukur kehadrat Ilahi..

Majlis berlangsung dengan baik..kehadiran MasyaAllah memeranjatkan hampir 100 orang lebih..sampai AJK makanan terpaksa top-up lagi SubhanAllah..terima kasih kepada al-Fadhil Ust Abd Hamid dan Ust Mansor sudi datang memberi ilmu kepada kami yang amat dahagakan ilmu dari alim ulama. Dan juga terima kasih yang tak terhingga kepada AJK2 surau yang menjayakan majlis walaupun tak seberapa tapi nilai disisi ALLAH adalah amat tinggi.

060310 Gotong Royong Surau





Seperti diputuskan didalam mensyuarat kecil tepat jam 9.00 pagi hari Sabtu, adalah 3-4 orang yang dah ada kat surau sedang bersarapan nasi lemak, apa lagi ana pun hmmm menikmati la jugak sebungkus..masyaAllah sedapnya! Mana la Abg Nik order nasi ni..banyak bungkus lak tu.. dalam jam 9.20 tu dah ramai yg datang orang2 kampung dah standby dengan tool masing2..dan yang dalam bahagian surau dah ada yang start kerja..cuci kipas..lap cermin tingkap..vacuum carpet dan sebagainya..tak kurang juga kat luar tu..habih longkang2 dikorek dek pakcik2 tuh..eheh sampai licin..xder rumput pun..



Dalam duk sibuk2 tu..ada pulak kat jalan besar depan surau tu..polis membunyikan siren..apa hal la pulak nihhh…ohh ya hari ni ada Le Tour De Langkawi nak lalu jalan ni daaa…dari Putrajaya ke Genting..ok2 support..hmm habih keta diketepikan oleh polis2 tu..hehe dekat setengah jam jugak tunggu baru la nampak kelibat2 penunggang2 basikal tu..huhu laju betul..takdan nak amik gambar..ni la the best shot yang boleh dapat pun..ala2 beginner ok la kut..

Ok2 sambung keja semula..cepat Hj Mohammad dah ushar tu..mahap ya hj..hehe..
Gotong royong berakhir jam 12.30. Semuanya selesai dengan selamatnya..amin.
Sepakat membawa berkat..



P/S: Ondeway nak balik sempat lagi dengan abg Nik singgah Pusat Flora Sg Long…tengok2 pokok2 bunga..dah janji lama dah dengan dia..xde kesempatan lagi.

Monday, March 8, 2010

Surau Madrasah Muizzah

Kampung Bukit Raya terletak di pinggiran jalan utama Batu 10 didalam Daerah Hulu Langat.
Madrasah Muizzah adalah satu-satunya Surau bagi khariah penduduk Kampung Bukit Raya, Taman Desa Pelangi dan juga Taman Langat Ceria. Kapasiti Surau kini boleh memuatkan jemaah hampir 100-150 orang pada sesuatu masa iaitu setelah menjalani proses menaiktaraf pada Ogos 2009 tahun lepas. Khariah dianggarkan hampir mencecah 300 orang.



Carta Organisasi Surau adalah seperti berikut:

Banyak aktiviti-aktiviti yang diprogramkan oleh pihak Surau bagi memupuk semangat Ukhuwah antara penduduk kampung dan taman-taman berdekatan.